Wednesday, March 26, 2025

Sahabat (Celcom)

Sahabat
Dewasa ini
Tatkala sesekali kita bertemu
Di ruang kerja yang sudah bersisa
Tingkahmu adakala kurasa kasar dan seolah memberontak
Guraumu keras melepasi batas
Menyentuh rasa meruntun jiwa
Tapi aku gagahkan tersenyum tawa
Aku pura-pura tidak mendengar
Sedangkan hati kecilku terguris
Menahan sebak yang menumbuk dada
Malah menitiskan airmata
Ahh...airmata di penghujung usia kerja ini
Sungguhlah begitu murah sekali... 
Ingin sahaja aku berlari pulang meninggalkan semua
Tapi kugagahkan jua
Tidak wajar aku mengambil hati
Kerana kutahu engkau seolah harimau luka
Yang terbeban dengan kerja
Dan terkesan dengan aku yang bakal pergi
Bak katamu selalu
Merajuk pada yang peduli
Kita sebenarnya exact opposite
Engkau peramah aku pasif
Engkau OCD aku messy
Engkau cekap aku clumsy
Kita juga jarang berbual
Tapi saling memahami isi hati
Engkau akur aku sahabat yang sibuk
Jarang ada masa luwes untuk bertanya khabarmu
Tetapi ketahuilah ingatanku terhadapmu tetap ada
Sahabat...
Berlainan denganku
Engkau selalu punya waktu untukku
Menyimpankan aku ini dan itu
Aku hargai semua itu
Sahabat...
Tiada tak semestinya tak berjumpa
Berhenti tak bermakna ternoktah di sini
Teruslah berjuang 
Walau landasan kita selepas ini berbeza
Yang dituju tetap sama
Sebutkanlah namaku pada Dia
Andai ku kau tak temui di sana...


Sofa Usang Cokelat Kusam

Adakala...
Rasa sedih akan bertandang 
Bila kucing kencing lagi di sofa
yang telah lebih sepuluh tahun diduduki 
dan empat kali dibawa pindah bersama kami
Yang masih setia memberi khidmat bakti
Walau bunyi berkeriuk bila diduduki
Seolah ia tidak sanggup 
Mengampu berat kami lagi
Yang melendut di tengah
Lalu dilapik papan tersembunyi
Yang berlubang di kiri kanan
Di hadapan dan di belakang
Lalu segala mak nenek
Permainan cucu dan botol susu
Sudu dan garfu terjumpakan di bawahnya
Penat anak-anak seharian bekerja
Menghenyakkan diri di atasnya
Masam dan hamis jadinya
Terserap bau peluh mereka
Sarung cokelat yang sudah berbulu-bulu
Malah zipnya juga sudah beku
Betul ia menunggu masa
Bukankah semua makhluk ada jangka hayatnya
Tetapi penggantinya belum tiba
Lantaran ketidak-mampuan sang empunya
Banyak lagi perkara penting yang perlu
Didahulu dari sofa cokelat yang usang itu.

@RimbadiLara
18/11/21


Menerobos kolong masa

24/02/12 (Tuesday) - Today is the aftermath of a Tsunami..which i've been experiencing since time immemorial.. i mean since 'Ammar mula pandai beremosi.. i remembered the 1st time, yg dia p main n balik lambat n i refused to let them in, he n the lil' brothers, he so rebelled and



Wednesday, November 16, 2022

Razif Adira di Hospital Lama

#hospitallamaalorsetar

Assalammualaikum semua.  
This was under one of the old trees in the Hospital Lama Alor Setar yesterday...visiting my younger brother Razif Adira. It was such a nostalgic place for lil' me, bagai ternampak-nampak kami kanak-kanak berlari riang di bawah pohon-pohon tu. Tempat tu sekarang sangat sunyi, to the point of eerie..sambil lalu tu, kita sampai tak tahu wad mana yang ada pesakit,  wad mana yang ada hantu... berbeza sungguh. 
It used to be so lively and buzzing with activities and we used to frequent the place, tagging along our parents who visited their friends, relatives, neighbours, colleagues at work,  students... Looking back, I think in small town ('pekan' then) Alor Setar, everybody knows everybody and was connected to everybody. Words about someone falling sick or giving birth or having an accident spreads fast and come visiting hours,  the gates open to picnicker-like visitors with stacks of si(sengau)a containing home-cooked meals, flasks of hot tea, delicacies not only for the sick but also to be offered to others in the ward including 'Misi', 'Sister' 'Attenden' and 'Anggama' on duty. They will only disperse when the bell rings to alert people that visiting hours are over. I remembered there used to be a couple of regular food peddlars going around the ward quickly offering nasi lemak, roti and kuehs to patients... Well those were more secure times with less red,  blue, yellow tapes, i guess. 
Orang dulu-dulu sangat memberatkan kawan-kawan dan saudara mara, mengimarahkan ziarah, sehinggakan bila tahu seorg tu sakit, hari-hari disebut dan diingatkan antara satu sama lain selagi beliau belum dijenguk. Mungkin orang dulu-dulu ada masa luang, kerja tidak terlalu menuntut; pengangkutan utama, motosikal,  basikal dan beca, jadi isu payah parkir tidak timbul dan hubungan hablumminannas sangat dititik-beratkan.
Ada sorang kawan baik Pakcik Din, abang Mama, fondly-known by everybody as Pak Zan@Dan OT, a bald, steadily-built and very jovial guy who emitted warmth and laughter wherever he went, he worked at the Operation Theatre,  hence the kuniyyah given, OT. 
Dulu-dulu, kalau ikut Ayah ambil ubat atau buat rawatan, dapat makan roti bakar sapu planta dan kaya panas-panas di kedai hospital. Kedengaran biasa saja tapi masa kecik-kecik,  keenakannya terasa luar biasa, entah kenapa.
Anis Fadzliyana, adik ketiga lahir di sini. Kesemua kami ternanti-nanti di koridor luar bilik bersalin, terlari-lari keliling tiang bulat dan seluruh kompaun berdekatan. Akhirnya,  Misi datang beritahu Ayah, Mama dah selamat lahirkan bayi lelaki sedangkan Mama di dalam dah tengok dan tahu bayi beliau seorang perempuan yg comel dan gebu. Kecoh sekejap selepas itu,  takut-takut tertukar bayi. 
Itulah,  Hospital Lama Alor Setar yang menyimpan seribu kenangan buat semua penduduk Kedah.


Wednesday, November 2, 2011

i-thot

it's been so long since i started this blog but i don't have the time to tulis-suka-suka, wish thots could be linked to this blog, that way, everything that crosses our mind akan terzahir dgn sendirinya kat blog...wha..that'll be a thing of the future la kut, a new apple product maybe called i-thots..kena jual idea ni kat all the steve jobs wanne=be out there la...ahhh...org semakin malas, nak bercakap malas, nak type malas, habis what do people wanna do with their time yg semua dah dipermudahkan dek computer, devices n gadgets of the modern day? Mengaji Quran lebih, dak jugak, p masjid berjemaah more frequent, dak jugak. qiam n solat sunat xtra, tidak jugekk..habis...yaa...mereka menjadi leka membelek gajet2, bermain segala macam online game dan blog-hopping juga vlog viewing...isyyy...dunia akhir zaman...